
Anonymous
2 tahun
Tekanan darah rendah atau tinggi
Saya umur 31…tkana darah atas 95, bwah 66, pulse 103…adakah normal atau rendah?.. Kalau rendah… Bagaimana nak naikan… Saya kerap tekanan darah sebegini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tekanan darah yang ditunjukkan diatas adalah dalam tahap normal akan tetapi ianya berada dalam “normal rendah”. Sekiranya anda mengalami gejala seperti pening/sakit kepala, jatuh, berpeluh dan degupan jantung laju, anda perlu bertemu dengan doktor segera. Anda juga boleh bertanya secara privasi di link ini (DoctorOnCall) bagi mengenalpasti punca bacaan rendah yang konsisten ini.