
Sulit
4 tahun
Tekanan darah tidak stabil
Saya wanita berumur 55 tahun baru shj pencen sebagai seorang guru pada bulan 3 lepas.
- Saya tidak pernah makan ubat darah tinggi sebelum ini, dan tidak pernah dikesan mempunyai penyakit darah tinggi.
- Namun dalam sebulan kebelakangan ini, saya sering mengalami sakit di tengkuk dan rasa “panas” di kawasan tengkuk.
- Tekanan darah saya juga tidak stabil kadang-kadang tinggi (lebih daripada 140/90) kadang-kadang normal (bawah 140/90) tetapi pada kebanyakan masa tinggi.
- Selepas makan tekanan darah saya pada kebiasaanya akan sedikit rendah.
Apakah punca kepada sakit saya ini Dr?
Apa yang perlu saya buat Dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda mungkin baru mengalami penyakit darah tinggi. Anda harus mengambil tekanan darah anda setelah cukup tidur, tanpa minum kafein atau merokok dan dalam keadaan tenang. Perkara-perkara ini boleh mengganggu bacaan tekanan darah anda. Risiko tertentu dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, seperti:
- Merokok
- Minum alkohol yang terlalu banyak
- Makan makanan tidak sihat
- Kebimbangan
- Kemurungan
- Pengasingan dari rakan dan keluarga
- Stres
- Obesiti
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk penialian teliti. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.