
Sulit
5 tahun
Tekanan Darah Tinggi 3 Hari berturut-turut
Saya wanita berkahwin. Umur 36 tahun. 3 Hari berturut-turut tekanan Darah tinggi 150/110

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tekanan darah tinggi adalah sejenis penyakit kronik yang mana bermaksud penyakit ini memerlukan anda mengkonsumsi ubatan selamanya dalam usaha mengontrol tekanan darah agar berada dalam batas normal. Hal ini kerana, dikhuatiri tekanan darah yang tinggi dapat menyebabkan masalah-masalah seperti berikut:
- Kerusakan buah pinggang
- Masalah saluran darah seperti ateroksklerosis
- Stroke
- Buta akibat daripada saluran darah mata yang rosak
Memandangkan gejala ini telah berlangsung beberapa hari, dan dapat menganggu kesihatan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.