
Sulit
5 tahun
Tekanan Darah Tinggi,Bp tak Normal apabila pemeriksaan di Klinik
Saya mengalami tekanan Bp yang tinggi apabila membuat medical check up di mana mana klinik atau hospital tetapi apabila membuat tekanan Bp di rumah sendiri ,Tekanan Bp macam biasa normal…Soalan saya adalah,Adakah saya tergolong dalam pesakit Darah Tinggi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda hadapi berkemungkinan white coat hypertension di mana tekanan darah anda normal sebenarnya tetapi, bila di hospital atau klinik menjadi tinggi. Untuk masalah ini, ia tidak dikira penyakit darah tinggi.
Akan tetapi, doktor yang merawat anda akan membuat pemeriksann yang lebih lanjut serta meminta anda memantau tekanan darah anda di rumah dan melaporkan kepada doktor. Mereka akan membuat kesimpulan mengenai masalah anda dan memberikan rawatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.