
Sulit
4 tahun
Tekanan Darah tinggi dan kaki mula membengkak apabila melakukan xtvt kerja, mohon nasihat, sy sangat risau
Saya Malay, 47thn, lelaki, tidak merokok, berat badan 64kg ketinggian 163cm.
Sebulan yg lalu, saya ada mengalami masalah pening yg agak serius selama 3minggu, sy ada buat pemeriksaan di klinik kesihatan , BP sy mencecah 180/120…ini kali pertama sy berhadapan dgn situasi ini.
Setelah melalui ujian darah, Bacaan kolestrol 6.5
Buah Pinggang stage 2
Doc berikan pd sy ubat bagi menurunkan tekanan darah bersama ubat kolestrol.
Setelah consume ubt tersebut, tekanan mula terkawal kpd bacaan 130/100.
sy seorg mekanic, apabila melakukan xtvt kerja, kaki sy mula membengkak,
Sekiranya sy tidak bekerja kurang sikit bengkak nya…sy kembali semula utk membuat pemeriksaan, Doctor menyatakan ianya perkara biasa sekiranya melakukan xtvt berat, sehingga skrg kaki sy membengkak. Bole doctor memberikan sedikit nasihat kpd sy? Sya amat risau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Disebabkan anda mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti penyakit buah pinggang, badan anda tidak mengeluarkan air secara efektif kerana fungsi buah pinggang yang terganggu. Oleh itu, badan anda seperti bahagian kaki mudah bengkak kerana air yang terkumpul.
Oleh sebab anda juga penghidap darah tinggi, anda sepatutnya mempunyai ubat darah tinggi yang mempunyai fungsi yang sama iaitu diuretik untuk membuang air lebihan dan mengurangkan darah tinggi anda. Sekiranya anda mempunyai ubat-ubat yang diberikan doktor anda, anda perlu mengambilnya secara yang ditetapkan.
Harungi masalah penyakit kronik untuk kehidupan yang lebih berkualiti!
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar masalah anda diketahui, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di (DoctorOnCall). Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.