
seffiey509
5 tahun
Tekanan darah tinggi selepas bersalin
Assalamualaikum doctor. Hi. Saya Nurul nak tanya hal bP tinggi.
Saya baru melahirkan pada 28hb april yg lalu dan sekarang hampir
3bulan msuk bulan Julai ni saya msih mkn ubt bP antenol.
2 hari lalu tulang belakang saya sakit , terasa sejuk tulang tu jika
Terkena aircon atau kipas. Sakitnya tu sehingga saya tak lalu nak
makan takk ade selera langsung. Perut saya ketika tu mcm
gastrik tpi tak lapar. Sdh cuba makan tapi rasa kenyang dan
nak muntah. Jadi, dokter saya nak tnya adakah ini kesan sampingan
bP tinggi? Kerana doktor saya hnya beritahu kesan sampingan
hanya apabila rasa pening sakit kepala yg kuat dan muntah2 terus
bawa emergency.
Kemudian doktor, saya nak tahu betulkah pendarahan uri boleh
berlaku jika bP saya semakin teruk? Dah masuk 3 bulan ni
adakah bP saya stage teruk?
Apakah risiko lain pada penyakit ini? Jika berterusan cara
mengatasinya pula?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan pihak anda, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. Namun begitu, kami memerlukan keterangan lebih lanjut berkenaan gejala sakit tulang belakang yang anda alami. Terdapat kemungkinan anda sakit pada bahagian ulu hati akibat gastrik atau pedih ulu hati dan ini boleh menyebabkan sakit hingga ke belakang serta disertai oleh loya dan muntah. Tetapi, seperti yang saya terangkan maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui puncanya dengan tepat.
Berkenaan masalah tekanan darah tinggi puan, pihak kami tidak boleh membuat kesimpulan tentang tahap keseriusan tekanan darah tinggi puan kerana kami tidak mengetahui bacaan paras tekanan darah puan. Sememangnya tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain seperti kerosakan buah pinggang, mata dan organ lain.
Untuk mengetahui tentang masalah darah tinggi dan gejala sakit belakang atau sakit perut yang anda alami, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.