Sulit
2 tahun
Telah berhenti mengambil syabu beberapa bulan yang lepas
Saya telah berhenti mengambil syabu beberapa bulan yg lepas.adakah syabu itu akan kekal dlm badan saya
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda ingin mengetahui berapa lama syabu atau methamphetamine boleh berada dalam sistem tubuh badan selapas berhenti, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, ia bergantung pada kuantiti methamphetamine yang diambil. Methamphetamine mempunyai half-life selama 9-24 jam. Bermakna hati manusia mengambil masa 9-24 jam untuk mengurangkan kadar methamphetamine dalam darah menjadi separuh.
Melalui air kencing atau air liur, methamphetamine boleh dikesan 1-4 hari selepas digunakan.
Namun melalui rambut, methamphetamine boleh dikesan dalam tempoh 90 hari selepas menggunakan methamphetamine.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih