
Sulit
5 tahun
Telan air liur, tekak mengeluarkan angin secara berterusan
Hi sy berumur 24 tahun. Setiap kali yg mnelan air liur, tekak sy akan berterusan mengeluarkan angin. Adakah gejala ini amat membahaya? Ia menyebabkan say panik kerana meraskan sesuatu di tekak sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rasa sesuatu di tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara lain, antaranya:
Jangkitan kuman
Radang tonsil
Radang tekak
Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
Masalah tiroid
Tersekat benda asing
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.