Sulit
4 tahun
Telinga berdengung bila menelan
Hi doktor saya nak bagi tahu telinga saya dah 3 bulan sentiasa berdengung bila menelan sesuatu…saya dah pergi klinik tapi still sama sekrg ne saya rasa muka dan badan rasa kebas²…nak pergi ospital you sekrg ne kan PKP
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Telinga berdengung yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Masalah pada saraf
- Masalah jangkitan kuman dalam telinga
- Masalah luka fizikal dalam telinga
- Masalah cairan telinga yang telah mampat
- ketumbuhan pada otak
Anda disarankan untuk meneruskan rawatan yang telah diberikan oleh doktor dan jika terdapat komplikasi atau sakit yang berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Untuk mengenal pasti punca masalah anda dan merawatnya, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dijalankan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.