amersamsuddin
4 tahun
Telinga berdengung dan sakit berdenyut
Saya lelaki berumur 28 tahun. pada dua hari lepas saya mengalami telinga berdengung pada mulanya dan keesokkan harinya telinga saya merasa sangat sakit dan terasa berdenyut.selain itu kawasan sekitar telinga saya merasa sakit apabila disentuh. saya telah ke klinik dan doktor memberikan saya ubat titis. saya telah menggunakan ubat tersebut sebelum tidur dan apabila hendak tidur saya rasa amat tidak selesa kerana merasakan telinga saya dipenuhi air. soalan saya adakah cara perawatan lain atau penyelesaian lain agar dapat saya melegakan rasa sakit yang saya alami.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit telinga yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Masalah pada saraf
- Masalah jangkitan kuman dalam telinga
- Masalah luka fizikal dalam telinga
- Masalah cairan telinga yang telah mampat
Anda disarankan untuk meneruskan rawatan yang telah diberikan oleh doktor dan jika terdapat komplikasi atau sakit yang berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Untuk mengenal pasti punca masalah anda dan merawatnya, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dijalankan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.