
Sulit
4 tahun
Telinga Berdengung selepas cuci telinga pada hari Ahad lepas 31 may 2020
Saya wanita berumur 34 tahun and saya ada masalah telinga kanan berdengung. Ahad lepas lepas saya minta doktor cuci telinga saya sebab saya tak tahan and tidak selesa. Selepas cuci, doktor cakap banyak wax and kotoran sudah keluar. Doktor ada cakap maybe dalam petang ahad akan baik telinga. Akan tetapi, sampai ke hari selasa, 2 hari lepas saya cuci telinga, saya masih lagi rasa berdengung. Tiada darah atau apa2 cecair keluar dari telinga selepas balik dari cuci telinga. Doktor ada bagi saya ubat gatal untuk telinga serta ubat soluwax untuk keep on continue titiskan dalam telinga selepas cuci. Adakah normal doktor jika telinga saya masih lagi berdengung selepas cuci? terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selain penyumbatan tahi telinga masalah telinga berdengung atau tinnitus ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendedahan kepada bunyi yang kuat
Perubahan tulang telinga
Tumor di telinga
Tinnitus juga boleh berasal dari lesi(“lesion”)** pada atau di sekitar bahagian pendengaran otak. Ini termasuk pelbagai gangguan yang tidak biasa termasuk schwannoma vestibular (neuroma akustik) dan kerosakan dari trauma kepala.
Kesakitan sendi temporomandibular (TMJ) , kemurungan, kegelisahan, insomnia, dan tekanan otot dan keletihan mungkin menyebabkan tinnitus, atau boleh menyumbang kepada tinnitus yang sedia ada menjadikan ia lebih teruk.
Meniere’s disease
Maka, sekiranya setelah mencuci tahi telinga, telingan anda masih berdengung, berkemungkinan masalah anda disebabkan oleh penyakit lain.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.