
Sulit
5 tahun
Telinga berdesing dan kurang daya pendengaran
Saya berumur 36. Saya memgalamai masalah pemdemgaran sejak sekolah lg. Namun pada masa itu saya tidak arif pasal masalah pendengaran ini. Kini semakin umur saya memingkat saya hadapi utk memahimi perbualan seharian. Kini sejak kebelakangan ini memghadapi telinga bedeing dan memingkat hari demi hari dn skrg dapati ada fungus.
Apakah yg boleh saya lakukakn utk masalah saya ini, sebelum ini pernah cek dgn pakar, mereka sarakn utk gunakan alat pendengaran. Namun saya masih mencsri alternatif lain selain menghunakan alat pendemgaran. Harap piahk doktor dapat membantu saya mengatasi masalah ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda. Cara yang terbaik sekarang adalah untuk menggunakan alat pendengaran sekiranya pendengaran anda semakin merosot. Saya berharap anda boleh mempertimbangkan penggunaan alat ini untuk kebaikan anda. Telinga berdesing boleh disebabkan oleh:
- Usia
- Bunyi yang kuat
- Tahi telinga yang penuh
- Perubahan tulang telinga (Otosclerosis)
- Salur telinga eustachian tidak berfungsi dengan baik
- Ketumbuhan di telinga
- Penyakit Meniere
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.