
Sulit
4 tahun
Telinga berdesing sepanjang masa walaupun sudah pakai ubat titis telinga
Telinga saya berdesing setiap masa sejak 7 bulan yang lalu. Ia menganggu aktiviti harian dan menyebabkan tidak dapat fokus. Sudah pergi jumpa doktor dan mengambil ubat titik telinga tetapi masih sama berdesing.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi tentang mata berpinar dan sakit kepala tersebut. Umumnya telinga berdesing dan mata berpinar boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gangguan keseimbangan tubuh (labyrinthitis, tinnitus, vertigo, dll.)
- Gangguan penglihatan (rabun, silau yang ektrim, mata juling, dll.)
- Gangguan organ pendengaran
- Gangguan sakit kepala (migrain, cluster, tension, dll.)
- Gangguan tulang telinga
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Buat sementara waktu saya menyarankan anda untuk
- teruskan pengubatan yang telah diberikan
- berhati-hati ketika mandi
- memastikan telinga sentiasa kering
- jauhi penggunaan ubat atau alatan tanpa pengawasan doktor
- melapor ke doktor anda untuk menjelaskan tahap keberkesanan ubat
Namun sila segera berjumpa dokter sekiranya anda mengalami:
- Sakit kepala yang teramat
- Pandangan kabur tiba-tiba
- Pitam
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Justeru untuk mengetahui punca sebenar yang menyebabkan telinga berdesing anda dan agar rawatan yang lebih tepat dapat diberikan, kami perlu mendapatkan info lanjut terlebih dahulu agar pemeriksaan yang lebih komprehensif boleh dijalankan.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya pengetahuan umum sahaja. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.