
shariza.jamil
4 tahun
Telinga dijangkiti kulat dan gegendang berlubang
Saya berumur 36thn…2minggu yg lepas telinga saya dijangkiti kulat…pakar ent telah cuci telinga saya dan didapati gegendang telinga berlubang…soalan saya,
- Adakah kulat di dalam telinga boleh berjangkit kepada orang lain yg tinggal serumah dgn saya?
- Adakah gegendang telinga yg berlubang boleh pulih sendiri tanpa pembedahan? Perlukah mengambil vitamin C utk mempercepatkan proses pemulihan gegendang telinga yg berlubang?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan
Bagi menjawab soalan anda,
Kulat dalam telinga tidak boleh berjangkit melainkan dengan anda berkongsi putik kapas atau pengorek telinga yang sama dengan rakan serumah anda.
Biasanya gegendang telinga berlubang boleh pulih sendiri. Namun anda haruslah mengelakkan dari terkena air atau mengorek telingadan menyebabkan kerosakan lebih teruk. Anda boleh mengamalkan pemakanan seimbang dan perbanyakkan makan buah-buahan untuk medapat zat dan nutrisi yang cukup dan seimbang bagi memulihkan telinga anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk penerangan lanjut daripada doktor kami secara atas talian. Terima kasih.