Sulit
4 tahun
Telinga gatal / kuping
Saya seorang perempuan berusia 25 tahun. Saya mempunyai masalah telinga gatal/ kuping. Kadang-kadang terlampau gatal saya akan garu sampai berdarah,
kadang sampai keluar macam air bisa. Keesokan harinya air bisa tu akan mengering dan akan jadi kuping. Saya tak pasti apa punca nya sama ada saya ada alergik atau tidak, disebabkan saya baru saja alami kegatalan di bahagian telinga ( luar telinga ) . Saya nak tanya, adakah econazine sesuai digunakan untuk atasi masalah telinga saya ? Harap diberikan pencerahan lebih lanjut. Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada telinga anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Radang luar telinga (otitis externa)
- Jangkitan kulat
- Alahan dermatitis - pada produk sabun atau kain
- Kayap
Penggunaan Econazine adalah untuk jangkitan kulat, namun dalam kes anda, anda disarankan untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat kerana penggunaan ubat tanpa diagnosis yang tepat boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.