
Sulit
4 tahun
Telinga kanan rasa ada bunyi seakan meletup
Hi doktor. Dari semalam telinga saya seakan2 ada something di dalam telinga sehingga boleh mendengar seakan letupan / bunyi pop. Tidak sakit tapi tidak rasa selesa. Kenapa ya Dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala dalam telinga yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan dalam telinga
- Bengkak gegendang telinga
- Kemasukan serangga
- Gumpalan tahi telinga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.