Sulit
4 tahun
Telinga keluar lendir
Salam doktor…saya ada seorang anak lelaki berusia 1thn7bln… Telinga dia serong keluar cecair dan sering tidak sihat… Sudah bawak jumpa pakar, masuk klinik berbayar tapi masih sama keadaannya…Ape yg perlu saya buat ye…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang anak anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otitis externa (jangkitan kulit di saluran telinga sebelum gegendang telinga).
- Serous otitis media (Jangkitan struktur telinga selepas gegendang telinga biasanya berlaku pada kanak-kanak).
- Perkembangan struktur telinga kanak-kanak yang berlainan daripada orang dewasa memudahkan cecair dari tekak untuk memasuki liang telinga.
- Pembesaran “adenoid” akibat daripada jangkitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.