ezzatysyakina
4 tahun
Telinga kiri berasa sangat sakit hingga ke rahang. ia membuatkan saya rasa snagat tidak selesa
telinga kiri saya sakit sehingga rasa ke rahang tetapi saya meminta kakak saya tengok apa yang kelihatan di telinga saya tapi dia cakap tiada apa apa. kadang kadang saya terasa seperti ada cecair darah atau cecair jernih keluar daripada telinga kiri saya
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Jadi, sakit kepala adalah salah satu simtom yang sering terjadi apabila berlaku masalah pada struktur-struktur tersebut. Terdapat beberapa sebab sakit telinga.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Jawapn ini ialah keterangan am. Terima kasih