Sulit
3 tahun
Telinga tersumbat selepas menggunakan ear drop untuk legakan sakit telinga
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya. Saya mengalami sakit telinga selepas membersihkan telinga menggunakan putik kapas. Saga gunakan ear drop Candid B untuk legakan sakit, tetapi telinga rasa tersumbat setelah beberapa jam. Saya tidak lagi menggunakan ear drop selama beberapa hari kerana sakit telinga sudah hilang, tetapi masih rasa tersumbat. Kemudia saya gunakan ear drop Pocin-h, tahi telinga keluar sendiri dengan banyak. Saya terus gunakan selama beberapa hari dan dapat keluarkan tahi telinga yang keras kehitaman, tetapi masih lagi tersumbat. Mohon Dr dapat kongsikan pendapat dan beri penjelasan lanjut. Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Sakit telinga, atau tersumbat memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan dan ketidakselesaan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif menggunakan alat yang lebih spesifik bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Namun umumnya gangguan telinga tersumbat boleh berpunca dari:
- Gangguan Saluran Eustachian
- Penyumbatan oleh benda asing atau tahi telinga
- Gangguan kontraksi otot telinga
- Gangguan telinga yang lain, dimana pemeriksaan lanjut perlu dilaksanakan oleh doktor
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Buat sementara waktu anda di sarankan untuk
- hati-hati apabila anda cuba mengeluarkan bahan yang dirasakan menjadi punca tersumbat denagn sendiri
- jauhi kaedah-kaedah atau cara yag boleh mengakibatkan trauma dan kecederaan
- memastikan tubuh dan kawasan telinga kering dan bersih untuk mencegah jangkitan kuman
- segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gangguan pendengaran
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.