
Sulit
5 tahun
Telinga tersumbat(telinga kanan tidakkdengar)
Saya wanita dalam berusia 30tahun telinga tersumbat sebelah kanan. Bole tahubapa masalahbyg saya alami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala telinga tersumbat yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gumpalan tahi telinga yang mengeras - akibat penggunaan pengorek telinga
- Bengkak laluan dalam telinga - akibat jangkitan kuman
- Jangkitan dalam telinga (otitis media)
- Kumpulan cecair dalam telinga (otitis media with effusion)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti nama ubat titisan tersebut serta gejala lain yang anda alami serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.