Anonymous
4 tahun
Telinga tersumbat & tinnitus
sya wnta umr 37 thn.ada pnykt tinnitus.skrg mslh sya telinga tsmbat sblh knan ada keluar air sedikit kurg pdgrn…dktor ckp ada jgkitn…da p klinik cuci telinga da ok tpi esoknya da sumbat balik.utk pgthuan dktor sya x p berenang…boleh dkter terangkn knpa msi tersumbt laupn da cuci telinga?dan apa harus sya buat?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Masalah telinga berdesing dipanggil “tinnitus”. Masalah tinnitus ini biasa menyerang 15-20 peratus populasi manusia. Antara penyebab masalah tinnitus adalah:
- Berlaku kepada warga emas akibat hilang upaya mendengar apabila umur semakin meningkat
- Sering terdedah kepada bunyi yang kuat seperti alatan pembinaan fasiliti atau penggunaan alat mainan muzik seperti iPods dan MP3 dengan volume yang kuat dalam jangka masa panjang
- Tahi telinga menyumbat saluran telinga
- Masalah pada tulang telinga
- Kebanyakan masalah tinnitus tidak dapat dikenal pasti puncanya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!