
Sulit
3 tahun
Telur kendur sehinggakan telur zakar saya mengecil
Saya berusia 22 tahun adakah normal kalau telur saya trlalu kendur. Zakar saya jika terangsang hanya 3-4 inci juga adakah normal? Adakah ubat yg berkesan untuk besarkan zakar dgn paling selamat.?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah testis kendur dan ingin tahu tentang ubat untuk besarkan zakar. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, testis kendur adalah sesuatu perkara yang biasa berlaku kerana suhu sejuk atapun penuaan dan tidak perlu dirisaukan. Namun, perkara lain seperti varicocele dan merokok boleh juga menyebabkan testis kendur. Kami tidak dapat menyimpulkan punca masalah anda secara tepat tanpa maklumat tambahan dan pemeriksaan fizikal. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor mengenai perkara ini.
Anda juga ingin tahu jika saiz zakar 3-4 inchi semasa terangsang adalah normal? Untuk pengetahuan anda, saiz zakar bergantung kepada faktor genetik dan boleh mempunyai pelbagai saiz. Mengenai ubat untuk membesarkan zakar, kami menasihatkan anda untuk tidak mengambil sebarang ubat atau menjalani prosedur untuk membesarkan zakar kerana kajian menunjukkan bahawa ubat atau prosedur tersebut tidak efektif malahan boleh membawa kesan sampingan yang akan menjejaskan kesihatan seksual anda. Jika anda memerlukan nasihat lanjut mengenai masalah anda, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah