
Sulit
3 tahun
Telur sebelah kiri terasa sakit dan besar dari yang kanan
bahagian testis sy bengkak sebelah dan saya kurang bertenaga bila ingin bersama isteri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu kemaluan yang terasa sakit dan lebih besar sebelah kanan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, rasa sakit dan bengkak pada kemaluan, memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor kerana ia boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya:
- elektrolit tidak stabil
- jangkitan kuman pada saluran kencing
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius seperti:
- Penile fracture iaitu apabila terdapat saluran dalam zakar yang pecah
- Abses penis
- jangkitan kelamin
- masalah saraf
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Tuan