muhamadnizamudin93
5 tahun
Telur terasa senak di sebelah kiri
Saya berusia 26 tahun,saya tk penah lgi kena masalah senak mcm nh cuma baru2 nh saya rasa senak telur bahagian kiri ,Ini terjdik selepas saya balik dri seremban ke johor menaiki moto 3 hari lalu. Mcm mna saya nk hilang kan rsa senak tu doktor. TQ
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, senak di sisi berdekatan zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hernia atau bahasa awamnya adalah angin pasang
- Lipoma yaitu ketulan lemak yang membesar sehingga menimbulkan sensasi senak
- Limfadenitis - keradangan kelenjar limfa
- Buah zakar terbelit (testicular torsion)
- Epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- Orchitis - jangkitan buah zakar akibat jangkitan virus atau bakteria
- Seluar dalam yang terlalu ketat - menyebabkan kesukaran pergerakan buah zakar dan zakar
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































