
Sulit
3 tahun
Tempat operation appendix keluar air
Saya remaja wanita yang berumur 20 tahun, 12/5/2021 saya telah melakukan operation appendix, 3 ditebuk lubang satu dibelah di bahagian kanan. Hari ke-10 selepas operation, saya buka jahitan dan dari situ bermula keluar satu cecair warna kuning sampai harini ini 4/6 dan doctor cakap itu bukan nanah. Saya sentiasa cuci luka di klinik kesihatan. Pada 3/6 saya berjumpa doctor yg incharge surgery, dan pada masa itu doctor mengesahkan luka saya kering dan tidak berair. Dan tidak perlu ditutup dengan pembalut dah. Selepas pulang dari hospital, luka tu mula keluar kan cecair yg sangat banyak dan saya tidak tutup lagi luka tu dan dibolehkan kena air. dan saya rasa seperti mencucuk sakit sedikit (rate: 4/10) apabila bangun dari tidur, berdiri di bahagian operation ini. Perkara ini normal atau patut ke saya terus ke emegercy utk check? Atau teruskan ke klinik kesihatan utk cuci luka. Saya risau cecair berwarna kuning keluar tidak henti dan saya sendiri kerap tukar pembalut(gauze). Appointment utk jumpa doctor lagi 2 minggu.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Melalui keterangan anda, kami memahami anda mempunyai masalah di mana luka pembedahan appendiks anda mengeluarkan cecair warna kuning yang banyak dan rasa yang menyucuk pada bahagian pembedahan. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, selepas pembedahan cecair yang dihasilkan boleh bermakna luka sedang pulih. Cecair yang keluar boleh mempunyai yang jernih ataupun kekuningan dan kesakitan seperti menyucuk adalah normal selepas pembedahan boleh berlaku disebabkan kerosakan pada saraf.
Namun, gejala yang anda alami juga boleh berlaku disebabkan perkara yang serius seperti jangkitan yang menyebabkan penghasilan cecair warna hijau, kuning atau kotor.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.