
Sulit
4 tahun
Tempat oprate lama ngilu dan sakit
sy wanita umur 35 tahun.pada tahun 2014,saya telah menjalani pembedahan buang fibroid dekat rahim.pembedahan secara open surgery.sejak 2 bulan ni.tempat oprate lama rasa ngilu dan kurang selesa.apakah puncanya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah parut jahitan pembedahann yang terasa ngilu dan kurang selesa sejak kebelakangan ini. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh dikaitkan sebagai komplikasi jahitan parut yang berlaku pada anda iaitu:
- Parut semakin besar dan melebar akibat jahitan yang tidak merapat. Kadangkala ia akan menyebabkan saraf kulit tumbuh ke dalam parut menyebabkan ia rasa sakit
- Luka yang terbuka kembali akibat jahitan yang tidak kemas atau penjagaan yang tidak betul. Kadangkala lokasi parut juga memainkan peranan seperti kawasan yang sering diregangkan oleh pergerakan harian. Perkara ini juga dirujuk sebagai penghasilan parut yang kurang.
- Jangkitan kuman pada parut atau jahitan luka
- Penumbuhan keloid yang disebabkan oleh penumbuhan kulit parut yang tidak terkawal.
- Penghasilan pendarahan yang tersembunyi akibat dari pembedahan yang telah dilakukan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Kemungkinan perasaan nyilu atau kurang selesa pada jahitan merupakan salah satu proses penyembuahan jahitan luka anda yang akan hilang setelah sekian masa. Kami sarankan anda untuk memberi jahitan tersebut untuk sedikit masa lebih untuk sembuh serta menjaga parut tersebut daripada sebarang kecederaan dan menjaga kebersihan pada kawasan tersebut.
Sekiranya anda perkara ini berlarutan dan anda merasakan jahitan tersebut semakin sakit atau bengkak, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor yang melakukan pembedahan tersebut bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.