
Sulit
3 tahun
Tempat Pembedahan Luka
Saya seorang wanita berumur 25 & telah menjalani pembedahan pembuangan breast lump pada awal bulan lepas (april). & tempat pembedahan luka akibat digaru seminggu yang lalu. Luka tersebut akan berair sekiranya tidak diletakkan kapas & merasa pedih apabila memakai ‘bra’& terkena air. Apakah kesannya ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Jangkitan kuman
- Kurang bekalan darah ke tempat luka
- Pergerakan yang berlebihan sekiranya luka berhampiran sendi
- Bendasing pada luka
Kami sarankan anda untuk ke klinik atau hospital dengan segera jika anda mengalami simptom-simptom seperti:
- Pedih dan panas pada luka pembedahan
- Bengkak pada luka pembedahan
- Pendarahan atau discaj daripada luka pembedahan
- Demam
Disebabkan luka pembedahan anda memerlukan pemeriksaan fizikal untuk memastikan punca gejala yang anda alami, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan seorang doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.