syaamalek
4 tahun
Tempat suntik perancang sakit
Saya wanita berumur 20-an dan saya berasa sakit di tempat suntikan perancang. Saya mengambil suntikan pada 14.11.2019. Tapi pada 29.11.2019 saya rasa sakit dan bila sentuh pada tempat suntikan ia terasa keras. Adakah perkara ini merbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini merupakan perkara normal yang boleh berlaku selepas suntikan perancang.
Walaubagaimanpun, jika anda mengalami demam, bernanah, sakit yang berlebihan anda perlu menedapatkan rawatan lanjut.
Anda boleh mengambil ubat tahan sakit jika sakit tersebut tidak dapat dibendung.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.