
Sulit
4 tahun
Tempoh cek upt selepas bersama
salam doktor… saya ingin tanya jika kita ada melakukan hubungan bersama 4 hari sebelum period… tapi period sudah lewat 9 hari… hari keberapakah seeloknya kita test upt selepas bersama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan bilakah waktu yang sesuai untuk membuat ujian kehamilan. Anda boleh membuatnya sekiranya haid anda lewat dari kebiasaan. Sekiranya positif (double line), sila berjumpa dengan doktor segera untuk pengesahan bersama dengan doktor.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Berikut juga merupakan mengapa seseorang wanita mengalami masalah haid lewat:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.