
Sulit
3 tahun
Tempoh covid positive dalam badan
selamat petang dr.sy ada pertanyaan…bulan 2/2021 sy positive covid.dan 2 hari lepas sy swab test untuk intervew kerja dah sy masih disahkan positive.kwn2 sy yg sama2 positive dulu bila test dia org negative dah…kenapa saya masih positive ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, bekas pesakit COVID-19 akan mempunyai keputusan positif sehingga tiga bulan selepas jangkitan. Namun begitu, kajian masih sedang dijalankan dan terdapat kajian mengatakan anda masih boleh positif lebih daripada tiga bulan tetapi anda bukanlah masih sakit. Selain itu, maklumat lanjut mengenai keadaan anda juga perlu diketahui dan kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor untuk berbincang dan mendapatkan penjelasan yang lebih cerah mengenai perkara ini.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini