
Sulit
3 tahun
Tempoh datang haid lebih drp 30 hari
Saya wanita berumur 32thn. Saya mengalami masalah haid yang selalu datang dalam tempoh lbh drp 30 hari sejak datang haid selepas melahirkan anak ke-2. Adakah disebabkan saya menyusukan anak yang sekarang berumur satu tahun lebih? Dan yang paling merisaukan saya, sejak bln lepas sy perasan perut saya semakin membucit seperti orang mengandung. Tambahan, seluruh badan2 sy kembali gatal sepertimana mengandung anak yang ke-2 tempoh hari dan saya juga cepat mengah apabila buat sesuatu kerja. Masalah ini betul-betul merisaukan saya.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala haid yang berpanjangan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Umur - Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet - Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang etrlalu aktif dan padat
- Masalah ovari seperti kista (cyst) dalam ovari, ovari terbelit
- Endometriosis - sangat jarang berlaku pada remaja. Ia adalah disebabkan sel lapisan dinding rahim tumbuh ditempat lain
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall