
Sulit
5 tahun
Tempoh haid pendek
saya wanita berumur 22tahun, saya nak tanya doktor, adakah normal kalau period sy keluar untuk masa yg singkat. cycle sy normal, 28-30days. tapi, masalah yg sy alami setiap bulan bila darah keluar paling lama 3 hari sahaja dan akan stop terus. saya peran first day darah akan keluar dengan banyak dan berketul. tp utk 2nd dah kurang dan hari ketiga masih lagi dn 4 akan stop terus. and for the next month, saya akan mengalami PMS spt senggugut dan backpain yg teruk. everymonth akan lalui benda sama… adakah normal untuk umur saya ye ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Selain itu, untuk pengetahuan anda, kitaran haid normal adalah 21-35 hari dengan tempoh datang haid normal: 2-7 hari. Sekiranya tempuh haid anda sememangnya 3 hari setiap bulan, maka ianya adalah normal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.