
Anonymous
5 tahun
Tempoh haid sehingga 15hari
Saya wanita berumur 38tahun.Setiap bulan sy akan mengalami haid sehingga 15hari…tetapi pada hari ke 6 tiada haid…
Tapi pada hari ke11-15 akan keluar lendir warna coklat sehingga hari ke 16-18…
Apakah masalah nya doctor…
Ari-ari saya rasa sakit dan ngilu…
Sy ibu kepada 3org ank yg bersalin secara C-section
Adakah lendiran coklat itu berserta darah
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kitaran haid boleh berubah dari segi tempoh dan jangka panjang kitarannya. Dalam kes anda tempoh haid anda masih berada dalam lingkungan normal iaitu antara 2-7 hari. Namun begitu, memandangkan anda juga mengalami gejala keluar lendir coklat yang mungkin adalah sisa darah haid anda sehingga 18 hari, terdapat beberapa punca haid yang berpanjangan, antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tanpa maklumat lanjut dan pemeriksaan, adalah sukar untuk saya membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.