
Anonymous
4 tahun
Tempoh Kedatangan Haid
Assalamualaikum
Saya nk tanya, after kita buat d&c lama x nk tunggu untk next period?
Sy buat d&c 8hb hari tu…kandungan 6weeks…sy keluar darah 4hb.
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tempoh untuk kedatangan haid selepas keguguran atau “termination of pregnancy” bergantung kepada faktor seperti saiz kandungan dan pendarahan selepas prosedur, status hormon jika stabil selepas prosedur, nutrisi dan status tekanan fizikal dan emosi. Secara umumnya, kitaran haid mungkin akan kembali selepas 3-4 minggu prosedur yang anda jalani.
Sekiranya masalah ini berlanjutan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.