
Sulit
5 tahun
Tempoh kuarantin Covid 19
Saya perlukan kepastian tempoh kuarantin. Sejak bila tempoh kuarantin bermula, adakah selepas kali terakhir berjumpa dengan pesakit positif covid 19 atau bermula dari tarikh saringan dibuat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi. Tempoh kurantin bagi sesiapa yang baru pulang dari negara yang tinggi jumlah pesakit COVID biasanya bermula pada hari mereka pulang ke Malaysia. Mereka disarankan untuk kurantin jika mereka mempunyai gejala. Jika tiada sebarang simptom, mereka harus memantau gejala COVID19 selama 14 hari. Jika anda kuarantin disebabkan anda mempunyai hubungan dengan pesakit COVID, kurantin anda perlu sehingga gejala yang anda hadapi pulih sepenuhnya. Kuarantin tidak diperlukan bagi seseorang yang tidak mempunyai gejala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/