balqisaimy72
6 tahun
Tempoh masa kebersanan ural
Saya nak tanye tempoh masa air kencing saya akan hilang jika saya minum ural. Dan berapa peket ural yang perlu saya ambil jika mahu kesannye lebih cepat . Sya penghisab syabu
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan sachet ural tidak boleh diambil secara berlebihan kerana boleh memberikan kesan negatif kepada pundi kencing dan buah pinggang anda, Sekiranya anda mempunyai masalah kencing, ianya perlu diperiksa oleh doktor terlebih dahulu untuk mengetahui samada ianya disebabkan kencing manis, batu karang, jangkitan saluran kencing atau disebabkan penggunaan dadah. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































