Sulit
4 tahun
Tempoh perancang depo untuk stabil dengan hormon
Sye berusia 24 tahun. Baru saja melahirkan anak yg Kedua pada bulan 7…hari yg ke 59 sye mengambil perancang jenis cucuk depo. Pada bulan pertama, haid dtg sehari sahaja dan sangat sikit. Sekarang dah masuk bulan kedua, haid saya hampir 2minggu dan belum lagi kering. Tadi tiba² ade seketul darah keluar mcm daging. Apekah maksudnya? Bila ya hormon akan stabil dgn perancang yg kita ambil tu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang digunakan untuk mencegah kehamilan. Suntikan perancang boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Bagi mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih