Sulit

2 tahun

Tempoh sesuai untuk mendapatkan vaksin bagi pesakit covid-19 tahap 4

Salam sejahtera. Saya merupakan bekas pesakit covid-19 tahap 4. Saya mengalami keradangan paru-paru semasa dijangkiti covid-19. Saya bergantung kepada alat bantuan pernafasan (oksigen) untuk 5 hari di hospital. Saya menghidap penyakit tekanan darah tinggi dan mempunyai masalah obesiti.

Soalan saya adalah;

  1. Berapakah tempoh yang sesuai untuk saya mendapatkan vaksin covid-19? Adakah tempoh tersebut dikira bermula dari tarikh bergejala atau tarikh discaj dari hospital?
  2. Saya difahamkan bahawa bekas pesakit covid-19 mempunyai antibodi semulajadi dan bertahan untuk tempoh 3-6 bulan. Sekiranya bekas pesakit mempunyai masalah kesihatan lain seperti obesiti, tekanan darah tinggi turut mempunyai antibodi yang cukup dalam tempoh 3-6 bulan dan berupaya melindungi diri saya daripada dijangkiti covid-19 semula?

Sekian, terima kasih.

Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami anda merupakan bekas pesakit Covid-19 tahap 4 dan juga menghidapi penyakit darah tinggi dan obesiti. Kami akan cuba menjawab soalan-soalan anda.

Bagi soalan pertama, vaksin untuk bekas pesakit Covid-19 boleh diberikan selepas 90 hari atau 3 bulan dari tarikh anda sembuh daripada jangkitan ini, iaitu dari tarikh ujian Covid menunjukkan keputusan negatif.

Bagi soalan nombor 2, seperti yang anda sedia maklum, bekas pesakit Covid mempunyai imuniti badan terhadap jangkitan Covid-19 selama 3-6 bulan, dan seseorang boleh dijangkiti semula, namun kadar jangkitan adalah rendah. Memandangkan anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan obesiti, kemungkinan tahap imuniti anda lebih rendah berbanding dengan orang lain.

Sila rujuk kepada doktor atau menghubungi talian JKJAV di 1800-88-828 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Anda juga boleh menghubungi kami berkaitan masalah ini supaya kami dapat menolong anda dengan lebih lanjut.

Terima kasih, kami berharap jawapan kami membantu anda.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

hakan-nural-wnSEwHMhxho-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)