
mazuri2488
2 tahun
Tempoh Untuk Mengambil Ubat Allergy
Saya mengalami masalah allergy terhadap makanan atau habuk semakin ketara semenjak kebelakangan ini di mana bukan setakat mengalami kegatalan pd muka dan hidung malah lebih teruk drpd itu, saya rasakan bengkak dalam rongga hidung yg menyebabkan saya bernafas dgn kurang selesa. Malah saya mengalami keadaan yg lebih menakutkan apabila ada ketikanya semacam ada lendir atau kahak yg berada di dalam bahagian dalam tekak yg amat sukar utk dikeluarkan. Dengan kata lain saya rasa seolah sempit lubang pernafasan. Keadaan ini menyababkan saya berasa trauma utk tidur malam kerana ada ketikanya nafas terasa akan tersekat. Keadaan yg tidak selesa ini menyebabkan saya mengambil ubat allergy pd waktu malam apabila merasa tidak selesa (lendir dlm tekak) supaya dapat melelapkan mata. Ubat yg saya sering amalkan ialah loratadine + pseudoepherine (clarinase@allerpid). Soalan saya ialah adakah apa yang saya amalkan ini betul atau tidak dan untuk selama manakah saya harus mengamalkannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat loratadine + pseudoepherine (clarinase@allerpid) biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Alahan
- Berhingus
- Gatal
- Mata Berair
- Radang sinus
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Hal ini kerana, sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan ubat tersebut, anda memerlukan rawatan alternatif. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.