Sulit
3 tahun
Temporomandibular joint (TMJ)
Hi doctor , I’m Alya , 19 years old . Since 2017 , I have been struggling with my jaw . It’s actually started masa saya tengah makan , and tiba2 my jaw macam ter lock for few minutes . Tapi masa tu saya anggap biasa2 sahaja sebab hanya sekali , dua berlaku. Tetapi bila saya menguyah makanan memang akan ada bunyi “click2” dkt rahang saya . Saya dah cuba untuk dapatkan rawatan pada bulan June tahun lepas dekat klinik gigi tetapi masa tu doctor cakap tak ada apa yg perlu dirisaukan dan doctor juga menasihatkan sy utk ambil vitamin B . Tetapi sejak kebelakangan ni , sakit rahang saya ni makin terasa . Semalam tiba2 saya rasa kedua2 rahang saya “menekan” muka saya , rasanya sampai ke bahagian mata . Saya juga mengalami sakit kepala yg berlarutan dan kesukaran untuk bercakap . Bukan tak boleh bercakap tapi sometimes tu my words jadi tak betul bila disebut . Ini sangat sukar bagi saya ketika presentation . Saya juga berasa perit di bahagian belakang telinga , leher dan bahu . Saya juga dah membuat urutan yg disarankan utk sakit ni . Tetapi saya tak dapat nak konsisten sebab bila saya buat memang berasa letih sangat lepas tu . Saya harap doktor dapat membantu . Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah di bahagian rahang boleh jadi disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Akibat dislokasi yang terjadi kerana membuka mulut terlalu luas atau trauma
- Jangkitan kelenjar limfa yaitu limfadenitis
- Bell’s Palsy
- Trigeminal neuralgia
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.