
Sulit
5 tahun
Ten tentang ambil pill marvelon
Nak tanya sikit saya punya isteri baru bersalin lebih kurang 2 bulan . Sekarang kita tak nak ambil anak lagi . Jadi apa cara yang paling sesuai . Saya fikir makan marvelon pil . Tapi orang kata diri ini kalau makan susu tak dapat susu tutup .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya percaya soalan yang ingin anda ajukan adalah jika mengambil pil marvelon, pengeluaran susu badan akan terhenti? Jika itu soalan yang diajukan, ya. ini kerana marvelon adalah sejenis ubat perancang gabungan. Dan ubat ini boleh menghentikan pengeluaran susu. Namun terdapat alternatif perancang keluarga lain bagi wanita yang menyusu badan. Antaranya:
Pil perancang yang mengandungi progestin sahaja.
Suntikan Depo-Provera
IUD (intrauterine contraceptive device): alat pencegah kehamilan yang dimasukkan ke dalam rahim seperti Mirena
Implan (Implanon, Nexplanon)
Pembedahan untuk mengikat tiub falopio sekiranya tidak bercadang untuk hamil lagi
Penggunaan kondom.
Jawapan ini adalah keterangan am mengenai soalan yang diajukan. Cara yang paling sesuai bergantung kepada kesesuaian dan kemahuan anda. Setiap cara perancang mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang sesuai ataupun pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.