Anonymous

5 tahun

Tengkuk kiri sakit hingga ke kepala

Saya wanita berumur 35 tahun dan sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak serta bekerja sendiri. Sya sudah hampir setahun didiagnosis menghidap PVC dan mengambil BISOPROLOL 2M5 mg setaip hari. Namun sejak ahad lepas, tengkuk sebelah kiri saya sakit hingga menyebabkan sakit kepala sebelah kiri. Saya sudah mengambil pil Apo Naproxen 550mg kerana saya memang ada migrain tapi seolah-olah tidak berkesan. Adakah petanda tahap kolesterol saya tinggi atau sebaliknya? Tapi setahu saya tahap kolesterol saya berada di paras normal ketika saya review di hospital.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,sakit tengkuk adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka.

Sakit tengkuk berkemungkinan berpunca daripada otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura.

Faktor penyebab sakit tengkuk berasaskan :

  • postur yang tidak baik,
  • ketidakseimbangan otot,
  • kekurangan stabiliti otot tengkuk,
  • kecederaan whiplash

Faktor risiko menyebabkan sakit tengkuk kebanyakannya disebabkan oleh faktor mekanikal. Ia punca daripada kerja yang di lakukan dan persekitaran tempat bekerja…

Berikut adalah antara tips yang boleh mencegahkan sakit tengkuk:

  • Pastikan amalan postur yang betul semasa duduk, berdiri, bekerja dan aktiviti-aktiviti di rumah.

Semasa baring :

  • Pilih bantal yang sederhana tinggi untuk merehatkan tulang dan otot leher
  • Digalakkan supaya tidak tidur dalam posisi meniarap agar dapat mengelakkan tengkuk berada dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa yang lama
  • Pastikan mekanisma senaman regangan untuk bahagian leher dilakukan secara berjadual untuk mencapai perkembangan yang optima.
  • Rehatkan otot leher setelah lama berkerja dengan komputer atau kerja pejabat yang lain.
  • Pastikan melakukan pergerakan leher secara perlahan.

Sekiranya gejala yang anda alami masih berterusan dan menganggu rutin seharian anda, anda diminta rujuk kepada seorang doctor.Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

PNG

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)