
Sulit
4 tahun
Tentang bacaan darah tinggi
Doktor,kenapa bila pergi klinik je nurse periksa tekanan darah naik.Saya monitor hari-hari tekanan darah normal je kat rumah(3x bacaan).setiap kali pergi klinik bacaan jadi tinggi sampai hypertension.Doktor bagi ubat tekanan darah tinggi.saya balik rumah periksa tekanan darah ok plak.apa yang mempengaruhi bacaan tekanan darah?sebab berdebar jumpa nurse ker?perlu ker saya makan ubat darah tinggi?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda hadapi berkemungkinan white coat hypertension di mana tekanan darah anda normal dirumah tetapi, bila di hospital atau klinik menjadi tinggi. Untuk masalah ini, doktor akan mengambil kira bacaan yang ditetapkan untuk mendiagnos anda sebagai pesakit darah tinggi. Misalnya, dirumah bacaan darah tinggi dikira sebagai 135/85 mmHg, manakala di klinik bacaan melebihi 140/90 dikira sebagai darah tinggi.
Akan tetapi, doktor yang merawat anda akan membuat pemeriksann yang lebih lanjut serta meminta anda memantau tekanan darah anda di rumah dan melaporkan kepada doktor. Mereka akan membuat kesimpulan mengenai masalah anda dan memberikan rawatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.