
Sulit
4 tahun
Tentang kahak dan batuk
Doctor,saya penah pergi klinik panel sebab kahak dan buat ujian FBC.Ujian didapati WBC saya tinggi 14 dan memberikan ubat batuk dan juga ubat antibiotik azithromycin 500mg untuk 3hari.selepas seminggu saya datang semula ke klinik tersebut untuk melakukan ujian FBC dan didapati WBC saya masih tinggi bacaan 13 tetapi batuk dan kahak tiada dan doctor klinik menyarankan saya untuk refer hospital.perlu ke saya pergi ke klinik kesihatan daerah dahulu dengan membawa surat dari doktor klinik swasta untuk membuat FBP virus inflaction?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, walaupun anda berasa telah pulih dari batuk, namun jangkitan dan keradangan mungkin boleh berlarutan. Oleh itu, anda boleh terus memantau simptom anda ini dan ikuti nasihat doktor anda untuk mendapatakan rawatan dan pemeriksaan lanjut di hospital.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.