
sinar_cahaya92
5 tahun
Tentang kemunculan line positif y kabur
Hai selamat tengahari, saya nk bertanya pada 22/7 saya keguguran. Dan pada 15/8 saya telah bersama dengah pasangan saya. Tapi pada 16/8 ada keputihan yang keluar dari fajar saya bersama darah. Tapi darah bersebut tidak banyak. Pada 17/8 saya telah makan ubat postinor2. Disini saya ingin bertanya adakah darah y keluar itu darah Spotting atau darah nifas yang belum habis. Saya risau jika saya mengandung. Semasa bersama pasangan saya buang luar. Hari ini ada juga saya buat test air kencing. Pada mulanya satu line. Tapi bila lama kelamaan line positif muncul…tapi line tersebut kabur sangat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan yang berlaku boleh disebab darah nifas anda ataupun “spotting” implantasi kehamilan kerana ianya agak sukar untuk membezakan kedua-duanya sekiranya berdasarkan pemerhatian sahaja. Ujian UPT adalah cara terbaik mengesan kehamilan namun adakalanya keputusan agak mengelirukan kerana:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Pengambilan Postinor 2 pula adalah sebaiknya diambil selepas 12 jam persetubuhan dan semakin lambat ia diambil, semakin kurang ia berkesan. Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai ujian UPT dan kehamilan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.