
Anonymous
5 tahun
Tentang makan pil oralcon
Apa yang berlaku jika saya tidak makan pil perancang oralcon 1 biji…adakah ia akan menjeaskan kitaran haid saya…saya tidak makan bukan sengaja tapi ubat itu terjatuh dalam singki…tolong beri penjelasan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang keluarga oralcon digunakan untuk melindungi anda daripada kehamilan yang tidak diingini.
Sekiranya anda terlepas pil dalam masa lebih 24 jam, anda boleh mengambil pil seterusnya mengikut waktu ditetapkan akan tetapi sebagai langkah berjaga-jaga anda haruslah menggunakan kondom ketika bersama untuk mencegah kehamilan sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.