
Sulit
3 tahun
Tentang nak check upt
Last period 18/5 and saya bernikah 1/6 … And saya baru try makan acid folid …btw boleh ke sy check upt dalam masa terdekat ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami tentan persoalan anda iaitu waktu sesuai untuk melakukan ujian kehamilan. Untuk makluman anda, ujian UPT boleh dilakukan seawal 1 minggu selepas lewat haid. Jika ia positif, anda boleh mengunjungi klinik berdekatan untuk mendapatkan pengesahan doktor.
Namun perlu diingati, selain kehamilan masalah haid lewat boleh disebabkan oleh:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor