Anonymous
6 tahun
Tentang pil postinor
isteri saya baru saya mengambil pil tersebut tetapi pada hari ahad yang lepas kami telah melakukan persetubuhan dan tidak memakai condom dan baru hari ini isteri saya makan pil so ada apa2 keburukan kerana pil itu harus makan selepas 72 jam tapi isteri saya baru hari ini makan pil postinor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Keberkesanan pil perancang Postinor menurun secara drastik selepas tempoh 72 jam daripada hubungan seks yang terakhir. Hal ini bermaksud, isteri anda mungkin berpeluang untuk hamil jika beliau baru sahaja mengambil pil tersebut pada hari ini. Bagi mengelakkan kehamilan pada masa akan datang, perancangan keluarga yang efektif serta berterusan perlu diamalkan seperti pil perancang sebulan, suntikan mahupun kondom. Jika anda mempunyai soalan privasi, anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































