Sulit
3 tahun
Tentang Pill postinor
Hi, salam sejahtera.
Saya nak bertanya tentang pill postinor. Sepatutnya pill tersebut perlu makan sebiji lagi selepas 12 jam. Tetapi pada waktu puasa ini, bolehkah saya mengawalkan (10jam) makan pil tersebut sewaktu sahur supaya
saya boleh berpuasa seperti biasa? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, ubat yang disebutkan oleh anda merupakan pil perancang kecemasan dan ia tidak digalakkan untuk digunakan secara rutin dan berkala disebabkan kandungan hormon yang tinggi. Berkenaan pengambilannya, klami sarankan anda untuk mengambil pil tersebut selepas 12 jam dos pertama tetapi tidak lebih daripada 24 jam untuk kesan yang efektif dalam mengelakkan kehamilan.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.