
Sulit
4 tahun
Tentang postinor or pil perancang
Saya ingin bertanya tentang postinor . Saya berumur 20 tahun . Pil pertama saya ambil dalam masa sebelum 78 jam pil yang kedua saya ambil selepas 12 jam. perlu ke saya makan lagi pil postinor? atau saya perlu makan pil perancang 21 biji sahaja ? Apa pendapat doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan ini harus diambil pada setiap 12 jam dalam sehari (2 pil dalam 24 jam) untuk mendapatkan keberkesanan yang diinginkan. Sekiranya anda terlambat untuk mengambil pil perancang tersebut, anda boleh memakan ubat tersebut sebaik sahaja anda sedari mengenai kelewatan itu, dan mengambil pil seterusnya 12 jam selepas itu. Pil perancang kecemasan harus diambil berterusan dalam jangka masa 72 jam . Jika tidak diambil lebih dari 72 jam, maka kesan ubat tersebut akan terhapus.
Pil perancang kecemasan ini boleh diambil sebelum 72 jam melakukan hubungan intim. Pengambilan lebih dari sekali dalam kitaran haid (bulan) yang sama adalah dibenarkan, namun ia akan menyebabkan kitaran haid anda mudah terganggu atau lebih tercederung untuk menjadi tidak teratur. Kami sarankan anda kurangkan dari segi penggunaan pil tersebut dan hanya gunakan sekiranya sebagai salah satu kecemasan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.